Minggu, Juli 09, 2006

NII & MA'HAD AL-ZAYTUN (MAZ)

Bismillahirrohmaanirrohim.

Assalamualaikum w.b.t.



Kajian oleh unit R&D, Latihan dan Perhubungan awam, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida Malaysia) ialah bahawa Ma'had Al-Zaytun adalah satu Pusat Pembangunan Islam yang amat berpotensi namun memerlukan banyak Perhatian dan pembaikan.

Berikut ini diperturunkan hasil kajian dan penelitian dari walisantri dan jemaah R&D Pekida Malaysia yang mana memerlukan perhatian daripada para penanggung jawab yang mendokong MISI kebangkitan dan pembangunan Islam ini.

Kajian telah dibuat berdasarkan panduan sunnah-sunnah Nabi terdahulu, merujuk petunjuk wahyu dari al-Quran dan pengalaman yang dilalui oleh pelbagai individu yang ikhlas (bukan yang berpenyakit hati) dalam era pembangunan Islam melalui konsep Darul Islam Kurnia Allah (NII) dan MAZ ini.

Ini adalah warkah terbuka, khusus ditujukan dengan penuh hormat dan ikhlas untuk perhatian Bapak Syaykh al-Ma’had Abdussalam Panji Gumilang dan umat Islam warga NII seluruhnya. Jika mungkin ada dari bahan kajian yang tidak seratus peratus tepat, maka tugas kita lah semuanya untuk mempastikan ianya dikaji lebih mendalam, tidak sekali-kali kerana sesuatu di luar dan keluar dari kepentingan Agama Allah, Agama Islam. Kajian harus dibuat tanpa prejudis dan harus pula diadili dengan bijaksana serta adil jika kita selaku khalifah Allah di bumi ini benar-benar ikhlas untuk membangkitkan kalimah Allah, agama Allah dan mulkiah Allah.

Wassallam.

Full explanation .... klik here