Sabtu, Agustus 13, 2005

NIM (Negara Islam Malaya) alias Neo NII AL Zaytun Malaysia

Email di bawah ini menceritakan kondisi NII AL Zaytun di Malaysia berubah menjadi NIM (Negara Islam Malaya) guna merekrut anggota baru dan memeras sumber dana baru :

From: Mr.Prak (phrak.....@yahoo.com)
To: azaytun@gmail.com
Date: Aug 8, 2005 9:33 AM
Subject: Pertanyaan tentang Neo NII (ataupun NIM kerna mau wujudnya Negara Islam Malaya)

Assalamualaikum,

Kami di Malaysia ini kekurangan maklumat,bahan rujukan berbanding saudara di Indonesia yang ramai tahu tentang NII ini. Di Malaysia ini kelihatannya pergerakan ini lebih selamat, dan keahliannya tidak mustahil ribuan ahli/Umat kerana giatnya kegiatan merekrut.

Juga kerana umat/bekas ahli yang stress/takut untuk dikaitkan dengan gerakan yang subversif ini, maka sukar untuk mengetahui adanya gerakan berkodekkan Islam yang sangat sesat lagi menyesatkan ini.

Saya ingin berkongsi analisa untuk pergerakan ini di Malaysia. Ada kemungkinan lain sedikit dari segi istilah dan juga nilai uangnya.

Ada beberapa kemusykilan:

1-apa yang mereka maksudkan tentang rahsia Allah di dalam surah al-ankabut. adakah itu maksudnya kedudukan 'gua' mereka yang diumpakan sebagai sarang labah-labah yang lemah. 'Gua' ini pada analisa saya ialah tempat tilawah mereka seperti pusat latihan insurans,rumah-rumah penyampai,pusat tuisyen dan sebagainya. Juga 'anjing' al-kahfi yang menjaga di pintu 'gua' -takut ada yang datang mengkeroyok atau polisi?

2-kenapa ya, di ponpen zaytun itu, santri wajib pacaran hari Jumaat? adakah kerana mengikut surah al-Jumaah?

3-kenapa dikatakan di ponpes zaytun itu,boleh solat tanpa wudhu',kerna terang-terang dalam QS di suruh basuh muka,tangan hingga ke siku etc.

4-juga solat tanpa masbuk. kalo mengikut QS sahaja,setahu saya tidak ada ayat suruh ganti rakaat yg lepas. melainkan tidak percaya hadith.

Saya sudah mengutip lima tulisan/buku Umar Abduh di Internet yang kemudiannya saya compile menjadi buku-buku untuk edaran sekalian umat Islam di Indonesia mahupun Malaysia. Diharapkan pihak Darul Islam boleh memberikan saya URL untuk saya upload tulisan-tulisan ini untuk dicetak dan diedarkan.

~Kita berjuang kerana Allah,demi Allah,takut hanya Allah~