Minggu, Oktober 22, 2006

Antara NII dan AL Zaytun ...

On 10/18/06, wan wan - attahsin@yahoo.com wrote:

Kepada mereka yg berdebat mengenai ajaran kahfi itu adalah salah belaka..fakta yg mereka keluar itu adalah salah kerana mereke memutar belitkan cerita...jika ajaran ini salah mengapa jabatan agama islam negeri masing2 tak buat pemantauan...ini kerana jabatan islam juga mengakui bahawa ajaran ini adalah benar mengikut landasan al-quran...mereka yang mengatakan ajaran ini sesat adalah salah sama2 sekali...tegakkan Din adalah wajib...hari ini umat islam jatuh kerana mereka tak faham dengan al-quran..ajaran ini tak pernah kate tak sembahyang bahkan mendidik untuk menjadi insan yg lebih baik...sebenar nya ahli sendiri yg malas nak solat..lepas tu kate pimpinan yg tak bg solat...aper cite ni...adakah mereke yang sudah keluar itu takut dengan azab allah...sejarah itu adalah berulang...renung lah kalian..'aishah dibesarkan dalam keadaan beragama bersih apabila membace bible terus akidah beliau hilang lalu memeluk kristian...' sebab aishah tak paham al-quran!!! kenape agame kristian tak dipantau, tak disekat?? islam itu jatuh adalah perbuatan org islam itu sendiri ingkar 'kafir' pada al-quran dan sunnah...
tepuk dada tanye lah selera....


From: gerakan kahfi - gerakan.kahfi@gmail.com
masa kami join dulu memang tak kasi solat, yang keluar pun beritahu puasa pun tak. masa kami juga diperkenalkan dengan istilah "solat aktual" dan solat ritual. kan puasa "dibaynat"kan lain.
saya secara personal takde masalah dengan tegakkan agama/khilafah,sebab tu kami bersama group tu dulu.
siapa yang tak sayangkan agama,rindukan Islam tu naik?

so mcm mana?
yang bersolat pulak kena kutuk-kutuk,waktu maghrib,orang tengah solat,ahli jemaah lepak makan satay kajang sebab nak bawak umat ke tempat tilawah.
waktu tilawah pun nak tarik rekrut baru buat-buat solat. ini untuk contoh slot rekrut bagi ruang ibadah di Kajang.

saya tak pasti la en wan dah sampai level mana, M2 dah ke belum kan. kalau betul,tak perlu la nak sorok-sorok...
ayat-ayat yang dibaca tu,memang menyedarkan untuk menjadi manusia lebih baik,saya akui itu.

contoh statement,
"Buat apa solat,kan belum Islam lagi"
atau
"buat apa nak makan kat kedai Melayu,kan sama je dengan India"
atau
Rabb=Pengatur. Jadi siapa Pengatur kamu sekarang(merujuk kepada pimpinan). Tahukan pasal Rububiah Mulkiah Uluhiah (RMU) ?
atau
"sekarang ni masih kafir,sebab belum syahadah di Negara Islam"

dan ada slot lain yang mengarahkan pengikut untuk membuat perkara yang menyalahi agama,seperti dari kata mantan pimpinan area puchong, nisa' diperintahkan untuk berpakaian seksi bagi me"laku"kan jualan barang untuk mendapatkan dana bagi daulah.

saya sendiri pernah persoalkan pasal solat tu,sebab tu saya keluar,sponsor saya pun. dan kawan2 saya yang join pun memperlekehkan tentang solat ritual,contoh statement;

"ko sembah apa tu? sembah dinding?"

harap maklum.

Persoalan aisah keluar Islam kepada Kristian... saya tanya kepada anda.. berapa ramai Orientalis yang mengkaji al-Quran tetapi tidak berIman kepada ayat-ayatNya? Ini soal hidayah. Kenapa dia tidak mahu melihat ayat-ayatNya dan mengkaji? Kenapa dia tidak mahu bertanya jika jahil? Dan kenapa pimpinan di dalam NII al Zaytun ini ada yang korup dan mengkorupsi dana ummat sedangkan ayat-ayat yang mereka baca dari lidah dan dada mereka itu saban hari dibacakan di dalam ruang ibadah? adakah ayat 7:179 itu untuk mereka yang belum mendapat bacaan ataupun utk mereka yang sudah dibacakan tetapi korup dan ingkar? dan kenapa ada pimpinan yang suka di"berhala"kan sedang kita sebagai makhluk, mempunyai nilai hamba sahaja yang boleh dicabut nyawa pada bila-bila masa?