
SUMBER : PEKIDA.ORG
Pemerhatian Masaalah di wilayah Malaya
Beberapa kelemahan pengurusan dan perlaksanaan program dakwah dan pembangunan sistem Islam yang kaffah di Wilayah Malaya harus menjadi perhatian dan pelbagai pihak. Berikut ini dinyatakan beberapa pandangan umum yang tidak bersifat peribadi, namun melihat kepada kepentingan Agama Allah dan tidak sekali kali kerana sesuatu di luar dan keluar dari itu.
Kriteria Pemilihan Pemimpin
Pemimpin sudah tidak di tapis dari jenis makanan yang baik-baik. Oleh kerana itu tubuh daulah menjadi tidak sihat dan perkembangan terbantut. Penetapan Syarat menjadi pemimpin hanyalah mereka yang telah M2 sahaja (sudah Naik Haji). Kemampuan dan kebijaksanaan akal, amanah dan tabiat buruk tidak di ambil kira lagi. Yang penting sudah naik Haji, maka bolehlah menjadi tok Imam, biarpun ia seorang yang korup dan lemah.
Sifat Negetif Pemimpin Wilayah
· Pemimpin hampir keseluruhannya berhidung tinggi dan bongkak. Pemimpin seharusnya dari kalangan manusia biasa dan boleh melakukan kesilapan, namun kebanyakan pemimpin di wilayah malaya tidak sekali-kali boleh di tegur.
Koror yang membingungkan
· Koror sudah tidak lagi sawasiah di antara region dan pusat.
· Banyak Koror melibatkan perkara fundamental jelas bertentangan dengan wahyu dan bercanggahan dengan norma kemanusiaan dan kesejahteraan.
Contoh Penyelewengan - Kes R1:
· Pemimpin R1 telah memaksa umat mendanai PERDANA V6 kegunaan peribadi dan WAJA baru yang digunakan oleh isterinya. Bahkan umat terpaksa membiayai sewa rumahnya.
· Sebahgian Dana sedekah hijrah dan infak dari kalangan M1 di gunakan oleh kepimpinan.
· Dana Musyahadatul Hijrah ke2 yang telah dibayar oleh umat R1 berjumlah RM 18 Ribu telah digunakan oleh pimpinan tanpa asas yang kukuh. Pemergian umat terpaksa di tangguh berkali kali kerana dana lesap. Ini menyebabkan umat dan pimpinan bawahan bingung (info : Imran ex-GM R1).
· Berlaku penipuan data ajuan penghantaran Umat R1 ke pusat Wilayah Malaya di mana kononnya nama umat yang dihantar sebanyak 700 orang untuk memenuhkan kouta tetapi sebenarnya adalah tidak wujud, hanya mempunyai kad pengenalan + dana sahaja.
· Akibatnya Umat yang ada (ujud) telah teraniaya kerana dipaksa menampung infak mereka-mereka yang tidak ujud.
· Kes Pekida R&D akhirnya dijadikan sebab untuk menggugurkan nama nama 700 umat yang tadinya memang tidak ujud, kerana kononnya telah terkena virus Pekida R&D.
Contoh Penyelewengan Unit Tanmiah.
Unit Komputer Tanmiyah yang dibuka terpaksa ditutup kerana
o Pimpinan dan umatnya yang lalai dan tidak berilmu.
o Tarbiah pula tidak istiqomah.
o Akhirnya golongan Pelaksana semakin lama menjadi semakin jahil dan degil. Sebagai contoh, apabila di tegur kerana merokok dan meletakkan batang rokok di telinga dalam mulkiah sendiri, jawabnya malaikat sedang tidur, mana nampak ?. Apabila dikatakan Allah nampak apa yang dia buat, dikatakan Allah pun tak nampak sebab ada bumbung dan siling. Jelas daulah di permain mainkan.
o Akibatnya perniagaan tidak lancar dan komponen komputer yang semuanya milik umat dan daulah telah dicuri sedikit demi sedikit hinggalah keseluruhannya hilang dengan alasan daulah tidak bayar gaji.
o Kebingungan bertambah apabila mereka yang bertanggungjawab mencuri telah dilantik pula menjadi mas’ul aras tiga Region 5 tanpa usul periksa. Semata mata kerana kekerabatan individu dengan pimpinan R5 sejak dahulu.
Kronologi Kegagalan Perniagaan HR Tanmiah Pusat.
o Kejayaan Strategi yang telah berjaya menghasilkan Pujian luar terhadap jemaah ummat Tanmiah terhakis begitu sahaja kerana insiden-insiden berikut,
§ Pengurusan dalaman tidak cekap dan kelancaran pengurusan tersekat oleh birokrasi daulah yang tidak sesuai dengan sistem pengurusan dunia perniagaan.
§ Kelalaian dan korupsi umat – barangan di ambil tanpa rekod, tidak teliti dan komited menjaga kepentingan Daulah seperti stok sering di tinggalkan di tangga tanpa rasa sayang dan khuatir kecurian.
§ Berlaku pengkhianatan di kalangan umat yang meminpin atas dasar tamak dan sakit hati. Akibatnya tanmiah di khianati oleh umatnya sendiri.
Kajian kegagalan projek pembangunan Pusat di kapar.
o Kedua-dua Projek Kapar – gagal akibat pengurusan yang tidak berilmu dan tidak cekap. Apabila ada yang menegur secara teknikal, mereka yang menegur dan jelas mempunyai ilmu di bidang berkaitan akan dicantas, kononnya menderhaka dan menjadi syaitan.
Kegagalan Projek pembekalan daging sewaktu hari raya
o Adalah
§ Daging lambat sampai.
§ Daging yang dibekalkan ada yang sudah busuk dan menjadikan umat mengeluh.
§ Keseluruhan projek rugi dan gagal.
Kronologi Kes R1 dengan Unit R&D, Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah
o Sebagai memenuhi kelapangan kerana tiada program di Tanmiah, Dr Masjuki mengujudkan ruang ibadah dengan menubuhkan Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam untuk menampilkan sistem pendidikan al-Quran kepada masyarakat umum melalui pertubuhan bukan kerajaan ini (NGO).
o R2 melihat peluang ini dan menggunakan sarana Pekida R&D untuk merekrut umat, kebetulan ketika itu keadaan agak ramadh kerana isu MAZ, dan NII keluar di Berita semasa.
o Melihatkan R2 berjaya memikat umat dari Pekida R&D, manager R1 ikut mencuba untuk mendapatkan tambahan umat yang memang telah ketandusan.
o Apabila diketahui tindakan manager dan umat R1, Senior Manager R1 dengan tanpa usul periksa menetapkan semua yg pernah mengikuti program Pekida R&D telah sesat dan digugurkan.
o R1 sertamerta menggelar Pekida R&D sesat dan mereka yang mengikuti langkah R2 yang merekrut umat melalui gerakan PMP Pekida R&D sebagai pengkhianat.
o Tanpa usul periksa, Senior Manager R1 dengan restu Abu Rijal telah menuduh Pekida R&D ingin mengadakan Daulah baru tanpa usul periksa.
o Manager yang terlibat dicantas dan di gugurkan haknya sebagai umat tanpa hisab dan proses keadilan secara berdepan.
o Namun begitu, Kumpulan R1 dari Johor yang kuat mendanai SGM di kekalkan, walaupun mereka diketahui jelas merupakan kumpulan yang pertama dan teramai menyertai Pekida R&D dan berjaya mendapatkan umat untuk R1.
§ Keputusan itu turut di restui pusat WM termasuk Abu Rijal sendiri.
§ Dari situlah segala rahsia penyelewengan R1 didedahkan oleh GM yang dicantas, kononnya atas rasa tidak puashati walaupun mereka juga merupakan antara orang yang terlibat dengan penyelewengan itu sebelum dicantas.
§ Setelah di ketahui oleh umum, kereta PERDANA V6 dan WAJA yang didapatkan atas pendanaan umat untuk SGM R1 dan isterinya telah dikembalikan dengan cara yang tidak sopan oleh SGM R1 kepada umat Johor. Mungkin atas arahan Abu Rijal.
o R2 dengan Pekida R&D – Tuhan aku dan tuhan kamu sama, kita sama sama membaca kitab yang satu, sama sama patuh kepada pimpinan yang satu. Tetapi dengan jelas melanggar ketetapan yang sama.
§ R2 tidak menyenangi keputusan pusat dan bertindak mengambil serpihan R1. Bermakna ada perselisihan yg tidak berjaya dirujuk dan diputuskan secara musyawarah sebagai umat yang satu.
§ Umat dari Pekida R&D yang awalnya tidak sekali-kali pernah terniat untuk mengujudkan satu daulah baru merasa amat terhina.
§ Lebih 2 tahun menggunakan wadah itu, perjuangan Pekida R&D berjaya menunjukkan kesan baik dari hasil pendidikan Al-Quran kepada ahli Pekida khasnya dan Masyarakat amnya.
§ Sebenarnya imej Pekida
§ Mereka yang dikumpulkan untuk membuka cawangan Pekida R&D baru ini memang telah diperhatikan jelas oleh performer (umat berkualiti) dari Pekida R&D sebagai individu yang teramat lemah, korup dan lalai, samada semasa mereka berada di R1 lagi atau semasa mereka bernaung di bawah Pekida R&D setelah digugurkan.
§ Kelalaian kepimpinan R2 kerana terlalu rakuskan umat sudah tidak mengira kualiti lagi. Akibatnya sentimen dan pandangan golongan performer Pekida R&D yang begitu komited berjuang di ketepikan dan pembinaan terbiah mereka di abaikan.
§ Pada hari di mana pembinaan untuk golongan yang komited seharusnya diadakan, di waktu yg sama penanggungjawab atau GM R2 yang terlibat telah meninggalkan mereka, bahkan mengadakan pertemuan dan pakatan sulit dengan Kaslanis R&D dan Kaslanis R1 tanpa terlebih dahulu merujuk kepada kepimpinan dan Umat dari golongan yang komited dari Pekida R&D sedangkan mereka ini adalah orang-orang yang lebih dekat dan mengenali Kaslanis tersebut seperti anak sendiri.
§ Akibatnya seluruh jemaah umat dari Pekida R&D merasa kebingungan dengan kecelaruan ini dan mengambil keputusan jalan yang lurus sudah menjadi bengkok. Satu tindakan yang tegas di ambil dan meminta kepimpinan R2 memberikan penjelasan mengapa semua ini dilakukan. Peluang telah diberikan sehingga 2 hari namun tiada yang sanggup bersemuka lalu semuanya mengambil keputusan nekad untuk mengundurkan diri buat seketika.
Keadilan Hukum berdasarkan AQ tidak di laksanakan.
· Banyak kes penyelewengan yang hanya di ketahui oleh umat bawahan dan tidak pernah berjaya dilapurkan ke atas.
· maklumat berkenaan penyelewengan pemimpin yang sudah diketahui dengan jelas oleh pemimpin tertinggi, termasuk Abu Rijal sendiri tetap didiamkan sahaja oleh beliau tanpa langkah penyiasatan dan pengadilan.
· Tabiat dan sikap pemimpin tertinggi yang sentiasa membela pemimpin bawahan mereka, biarpun sah telah melakukan penyelewengan. Ini bertentangan dengan prinsip ketelusan kepimpinan.
· Penyeleweng yang korup tetap dikekalkan menjadi pemimpin.
o Pembohongan dan penipuan data dan dana oleh pemimpin R1.
o Penindasan dana ke atas umat untuk kegunaan keluarga dan peribadi pemimpin R1 yang telah sah dan jelas diketahui umum.
o Kelalaian dan pengkianatan Pemimpin Unit Komputer Tanmiah.
o Penindasan tambang barang anak setiap kali ke MAZ dilakukan sewenang wenang oleh pimpinan Yakmal. Pengurusan yang tidak telus telah melakukan Penipuan dengan jelas apabila mengatakan lebihan timbang bagasi harus membayar tambang, biarpun hanya terlebih 1 kg dari had yang ditetapkan sedangkan apabila ditanya kepada kaunter secara berdepan semua tersipu-sipu apabila didapati tiada caj tambahan dikenakan. Akibatnya, umat yang melakukan usaha mengesan itu di boikot dan dipinggirkan.
· Jumlah Sedekah Hijrah dan infak ditetapkan jumlahnya, sama saja untuk setiap orang, sedangkan pemahamannya adalah 1 suap dari 10 suap rezeki yang diperolehi. Ini tidak adil dan menimbulkan kekeliruan. Mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah terpaksa membayar jumlah yang sama, di samping jumlah tanggungan hidup keluarga masing-masing yang juga berbeza tidak diambil kira sama sekali, Ini tidak adil dan seolah-olah memaksa, sedangkan AQ menetapkan tiada paksaan dalam urusan Din.
Uswah kepimpinan Islamiah tidak lagi jelas kelihatan secara umum.
· Pemimpin hampir keseluruhannya berhidung tinggi, amat sombong dan bongkak. Masing masing menggelar diri sebagai malaikat dan Allah. Mereka lupa khalifah di bumi ialah bani Adam, bukannya malaikat.
· Pemimpin seharusnya dari kalangan manusia biasa dan boleh melakukan kesilapan, namun apa yang berlaku mereka tidak sekali kali boleh di tegur oleh umat bawahan apabila melakukan kesilapan.
· Mereka lupa bukan air dari langit yang menyucikan hati Rasulullah ketika Israk Mikraj, tetapi air dari bumi yang terhasil dari hasil kerja seorang yg masih bayi dan junior, iaitulah air zamzam. Air dari langit yg penuh asidik dan memedihkan hanya mampu menghidupkan pokok dan menjadi air bateri saja.
· Projek daulah wilayah
o Projek ternakan pusat.
o Projek pertanian pusat.
o Projek Komputer tanmiah Pusat.
o Projek workshop R1.
o Projek kolam ikan pusat.
Nota : Kepimpinan tidak boleh di tegur oleh mereka yang ikhlas dan kasihkan harta daulah, walaupun atas dasar teknikal. Barang siapa menegur akan di cantas atau di singkir.
o Masaalah timbul pada golongan Abu Bakar kerana sumbangan yang dikeluarkan atas dasar kefahaman dan keyakinan tidak kelihatan hasilnya.
o News being manipulated. Perkataan yang benar tidak lagi mampu disampaikan ke atas, atau kalaupun berjaya disampaikan ia tidak akan diterima atas pelbagai sebab.
§ Menjaga hati pemimpin yang korup.
§ Takutkan hubungan pemimpin yang korup dengan pemimpin atasan. Masing masing sudah takutkan manusia, tidak lagi takutkan Allah.
o Ranting atau dahan yang bersuara akan dicantas.
Kelemahan dan kemerosotan MAZ.
Teguran yang harus dilihat secara positif. Sesuatu harus dilakukan untuk mengembalikan keutuhan sistem Uluhiah yang berpandukan wahyu. Perkara ini berlaku sedikit demi sedikit tanpa disedari dan dilalaikan oleh pihak pengurusan dan umat kerana terlalu seronok, dibuai dan leka dengan pujian dan kemajuan yang telah dicapai. Di antara kelemahan yang dapat diperhatikan ialah,
Disiplin pelajar dan tenaga pengajar di wilayah
Pengagungan yang berlebihan terhadap pelbagai perkara seperti mengagungkan harta, wang ringgit, perebutan dan pengagungan pangkat, mengagungkan pimpinan secara berlebihan sehingga tiada siapa berani menegur secara terbuka apabila melihat kesilapan dan penyelewengan dilakukan, seolah olah satu proses keujudan Berhala yang semakin bertambah dari hari ke hari dalam institusi MAZ.
Unsur-unsur penindasan telah mulai berlaku di MAZ, umat yang tidak berkemampuan dari segi dana merasa amat tertekan. Yuran yang asalnya hanya USD 1500 kini telah dinaikkan. Dulu tidak dimaklumkan pelbagai biaya yang harus dibayar, namun setelah anak di
Ringkasan
Segala yang dinyatakan di atas hanya secebis dari banyak perkara yang harus dinyatakan. Bukan untuk mencari-cari kesalahan dan menidakkan kebenaran, namun ianya sekadar untuk menyedarkan semua pihak akan segala kepincangan yang berlaku. Harus diingat bahawa MAZ telah didirikan atas dasar wahyu, atas dasar takwa dan pengorbanan besar umat dan pemimpin. Begitulah juga telah berlaku sebagaimana Kaabah di Baitullah didirikan.
Namun tiada siapa boleh menolak bahawa lumrah alam yang akan menetapkan semua kelalaian dan penyelewengan di atas akan dan pasti berlaku apabila apabila pembangunan fizikal yang terlalu ditekankan, proses pengumpulan dana menjadi terlalu mendesak, apabila lebih banyak dana harus di urus, apabila lebih ramai team pengurusan dilibatkan dan pelbagai pangkat disediakan dan dijanjikan. Begitulah halnya telah berlaku di Kaabah dulu. Di mana kaabah yang akhirnya didirikan atas dasar takwa itu akhirnya dipenuhi berhala dan penyelewengan yang melibatkan hal hal fundamental. Selama ini umat mengunci segala maklumat berhala ini. Sahingga satu tahap, rasulullah sendiri terpaksa mengalah, melepaskan kunci kaabah itu dan meninggalkan kaabah di Mekah untuk mencari jalan menyelamatkannya kemudian.