Senin, April 02, 2007

PENGALAMAN NII KW 9 MALAYSIA




Salam sejahtera buat saudara,

Saya adalah salah seorang mantan gerakan NII di Malaysia. Saya juga telah melakukan 'hijrah' ke DIN. Saya mmg setuju dengan idea negara Islam mereka, namun tidak selesa dengan corak perlaksanaan mereka yang seringkali membelakangi soal moral, akhlak, hak-hak manusia. Isu pendanaan yang tidak jelas dan seolah-olah terlalu mementingkan pencarian ahli baru tanpa menekankan pemahaman akidah calon juga menggambarkan seolah-olah kita didesak mencari seramai ahli mungkin untuk menambah pendanaan DIN ini. Saya meminta pendapat saudara berdasarkan pengalaman utk dikongsi.

Kita sebagai 'Muslim' wajib berusaha menegakkan DIN di muka bumi, namun kadang kala kita dipergunakan oleh pihak yang mempunyai agenda yang masih kabur. Sekian, harap saudara dapat berkongsi pendapat & pengalaman. Terima Kasih!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya menyertai NII sejak awal 2005 dan melalui bai'ah di Indonesia (di sebuah Malja di luar kaw. Al-Zaytun) pada pertengahan 2006. Saya pernah menjadi pimpinan district 5-4-2 di mana SE (Senior Executive) saya adalah rakan sekampung saya sendiri.

Menyentuh soal dana, satu persoalan yang besar ialah mengapa jumlah dana yang perlu dituntaskan adalah tetap tanpa mengira status kewangan umat. Jika sesuatu jumlah dana itu telah diqararkan, maka ia menjadi satu syariat yang wajib ditunaikan. Jadi saya dan umat-umat yang lain bertungkus-lumus mengorkankan diri dan harta, walaupun diri dihimpit hutang bank. Saya sendiri telah disenaraihitamkan oleh pihak bank kerana kerap kali menangguhkan pembayaran kerana mengutamakan dana untuk DIN yang hak.

Seorang mantan SE district yg saya kenali telah juga gugur kerana jatuh muflis. Terdapat banyak situasi dimana ketaatan tidak disertakan penjelasan yg logis. Umat buta-buta mentaati pemimpin walaupun secara logik mereka tidak mampu dan arahan kadang-kala tidak wajar. Seperti penyewaan Malja district kami hingga kini (mendapat maklumat dari umat yang masih aktif), secara jelas tidak mampu ditanggung oleh umat sehingga saya kerap kali dihubungi oleh tuan punya premis kerana sewa tidak berbayar.

Selain 9 pintu2 yg perlu dipenuhi, umat turut dibebani pembelian frozen food setiap minggu. Frozen pula diwajibkan membeli tanpa mengira sama ada ianya diperlukan oleh umat. Seringkali frozen food yang dibeli busuk kerana stok lama tidak digunakan dan pada masa yang sama terpaksa membeli yang baru. Selain itu, barang dapur yg selalunya lebih mahal dari biasa turut menambahkan beban umat.

Pemberian wang setiap kali perjumpaan dengan 'rasul' dan ketika program juga menambahkan persoalan mengapa segalanya berkaitan dengan wang/material. Walaupun didokong oleh ayat, itu hanyalah penjabaran pimpinan. Atas dasar iman, umat dengan ikhlas menganggap sbg jihad amwal amfus.

Isu daging busuk ketika hari raya korban, kuih raya yang ditempah tidak sampai. Umat juga tidak kisah dengan berfikiran bahawa itulah Hudan+Bainat+Furqan. Maknanya perlaksanaan perlu dibaiki dari masa ke semasa.

Segalanya nampak hebat dan meyakinkan sehingga saya menjejakkan kaki ke Zaytun. Mengapa shahadah tidak dijalankan di Madinah itu sendiri? Jika Malja yg terletak di luar Zaytun itu dikira Madinah, mengapa keadaan kawasan Malja itu sendiri menggambarkan Mekah? Jika kita bershahadah di tempat yang berada dalam fasa Mekah, apa bezanya bershahadah di Malaysia shj? Mengapa kos ke Din amat mahal berbanding dengan kos sebenar ke sana?

Saya mendapat tahu yang bisnes frozen food tsb adalah bisnes Area. Kes manipulasi dana spt pembelian kereta utk tujuan peribadi, wang peserta MI yang belum MII tidak sampai ke Din krn belum bergelar Islam mengganggu iman saya. Proses hujmah tabsyiriah yg terang2 agak kelam-kabut serta 'tangkap muat' menggambarkan seolah-olah Din amat terdesak mencari umat baru. Adalah ini kerana tuntutan material yang semakin menekan mereka menyebabkan mereka mencari ahli baru? Lagipun selagi belum bergelar Muslim, segalan dana bulanan umat tidak sampai ke Din. (Hanya umat Islam boleh mendanai negara Islam) Jadi dana tsb sampai ke mana?
Jika umat outstation kerana urusan kerja di company taghut, umat dikenakan denda harian selama mana dia tidak berada di 'bumi', dsb... Kesimpulannya, Din yang diyakini sebagai jalan yang lurus menampakkan penekanan pembangunan fizikal/material, berbeza dengan pendekatan Nabi Muhammad. Kehebatan fizikal, seperti yang sedia maklum, tidak akan dapat menandingi kehebatan taghut2 yg ada.

Saya tetap yakin dengan Fitrah kita untuk berAQ dan masih tercari2 jalan yang lurus. Saya tertarik dengan Pekida sebagai reformasi terhadap NII (sebahagian pimpinannya adalah ex-NII), namun saya masih memerhati dari jauh, dan jika mereka menunjukkan model yang merahmati umat Islam, saya tidak teragak-agak meneruskan perjuangan yang belum selesai ini. Mana mungkin umat Islam dihadiahkan futuh tahun 2000 sedangkan pengurusan tempahan kuih raya dan daging pun kelam-kabut! Terima kasih.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Futuh itu tanggungjawab kita sebagai pewaris rasul. Di akhirat nanti kita akan ditanya tentang sumbangan kita sebagai org Islam. Rezeki yg Allah beri tidak

lain hanyalah sebagai pengenyang perut dan pemudah untuk kita terus berfungsi sebagai hamba. Sekurang-kurangnya, pengalaman kita di dalam NII menyedarkan

kita tentang fitrah, dan bagaimana menggunakan AQ sebagai senjata untuk membawa kembali DIN yg hak ke puncak semula. Janji Allah itu benar, jadi sememangnya

apabila kita keluar dari NII, rasa bersalah itu amat menebal rasanya. Namun kita keluar bukan kerana tidak sanggup berjihad amwal & amfus, tetapi kerana

berundur buat seketika bagi menyusun strategi dan mengelakkan diri dari terus dimanipulasi dalam kekaburan. Jika kita terus berada di dalam NII, rasanya kita

akan terus menjadi robot yg tidak tahu membantah. Berbuat tanpa ilmu, seperti mana kita mula2 di ajak menyertai NII (Di awal silahan, kita dianggap berbuat

tanpa ilmu kerana terus-terusan mengikuti bapak-bapak kita yg terdahulu, terutamanya bab solat & ibadah lain).

Saudara boleh menyiarkan kisah saya dengan menyamarkan nama. Namun perlu diingatkan, tujuan kita bukannya mahu menghentam secara gelojoh, tetapi secara

membina dan atas dasar ingin menghidupkan semula mereka2 yg 'terkorban'. Jiwa saya tetap membara untuk berjihad, namun masih tercari-cari yg mana jalan yg

lurus di antara jalan-jalan yang 'kononya lurus'.

Mengapa kita perlu menggelar orang Islam sendiri sebagai kafir. Mengapa kita perlu mengadakan fahaman yang terlalu radikal sebagai Muslim 'baru', berbanding

fahaman orang Islam 'lama'. Kalau bersatu itu dituntut, mengapa bila kita berada di NII, kita memencilkan diri dari kelompok masyarakat dan menggelar mereka

kafir. Bukankah lebih baik kita mendekati masyarakat secara berhikmah, mesra, dan sentiasa menawarkan penyelesaian terhadap permasalahan.

Nabi Muhammad menyelesaikan masalah perebutan perletakan batu hajarul aswad. Beliau dikenali bukan sahaja oleh umat Islam tetapi org bukan Islam sebagai

manusia mulia berakhlak terpuji. Terpuji bermakna tidak menindas, mencuri, berbohong, mengambil hak orang, tidak cakap kosong, tidak mementingkan material.

Di NII kita diajar bahawa harta bukan ahli NII dikira harta rampasan perang yg boleh diambil sesuka hati seolah2 kita menganggap mereka sebagai musuh kita.

Nabi tidak berperang melainkan diserang, tapi kita belum apa2 sudah menganggap harta 'orang luar' sebagai rampasan perang. Banyak kisah umat meminjam dari

bank tetapi enggan membayar semula. Akibatnya menyusahkan keluarga dan penjamin (ini kes saya sebagai penjamin). Kisah pencurian harta benda juga dianggap

tidak salah demi Din. Adakah matlamat menghalalkan cara?

Jika semasa proses futuh kita sudah dikenali sebagai manusia yg tidak bermoral dan tidak menunjukkan contoh yg baik, bagaimana bila kita futuh nanti, mahukah

manusia kebanyakan tunduk kepada pemimpin yg mempunyai rekod yg buruk?

Terima kasih.

Posted By : NII KW 9 Cabang Malaysia