Selasa, April 17, 2007

ISTILAH2 NII KW 9 MALAYSIA




Gerakan Pemuda Kahfi, nama yang dilabelkan kepada satu gerakan bawah tanah (underground movement) yang aktif dan agresif merekrut umat Islam adalah satu gerakan yang sudah cukup lama bertapak di Malaysia, sekurang-kurangnya setakat yang dikesan ialah sekitar 10 tahun.


Modus Operandi

Dari segi modus operandi, gerakan ini mempunyai pertalian dan konsep yang sama dengan Negara Islam Indonesia Komandan Wilayah 9, atau NII KW IX yang bermanhaj Lembaga Kerasulan, faham tafsir Isa Bugis dan periodisasi Mekah Madinah.


Gerak Rekrut

Calon rekrut akan dinilai dulu oleh pimpinan yang digelar Ulul Amri dengan senarai nama yang dimuatkan di dalam Bank Nama. Kebiasannya Standard of Procedure (SOP) ini memerlukan calon ada ciri-ciri berikut:


*

Ada pendapatan
*

Sihat
*

Faham keagamaan yang minimal
*

Bukan anggota pasukan keselamatan
*

Tidak terlalu tua, tidak terlalu muda


Bagi warga “pemburu”, mereka kebiasaannya akan menghubungi:

*

Isteri
*

Rakan lama di sekolah
*

Rakan sekerja
*

Adik beradik
*

Ahli keluarga


Konsep rekrutmen ini seakan-akan modus operandi intelejen, Buru Tangkap Tata Bina (BTTB). Untuk calon warga yang belum melakukan MOU2 (akan diterangkan pada sub topic seterusnya), usaha mencari calon rekrutmen ini dicari pembenaran ayatnya di dalam Al-Quran dengan usaha Bani Israil mencari sapi emas .


Kandungan Tilawah

Dari segi modus tilawah, Gerakan Pemuda Kahfi atau seterusnya akan disebut sebagai GPK mempunyai sistem tilawah (TL) yang teruji berupaya “mengikat” anggotanya dengan berkesan untuk menjayakan “ultimate goal” mereka di dalam mendapatkan umat, dan seterusnya setiap umat dieksploitasi kemampuan individunya untuk menjanakan dana semaksimum mungkin. Dalam faham keagamaan mereka, “pemerasan” ini dianggap sebagai sapi perah yang diperah susunya, digunakan dagingnya untuk dimakan dan dieksplotasi kekuatannya di dalam menjana “hasil” bagi menegakkan Daulah/Madinah ke 2


Faham Keagamaan

Faham keagamaan GPK mengganggap golongan di luarnya sebagai “binatang” dan kafir jahiliyyah dan musyrik. Oleh itu, dalam usaha merekrut calon warga untuk menjadi umat, penipuan dan manipulasi dianggap sebagai satu ibadah kerana menentang orang kafir Mekah (MK). Ibadah bagi GPK dianggap apa-apa yang diredhai Negara yang dianggap realisasi Allah di dalam bentuk zahir di muka bumi.


Oleh itu, segala perintah pimpinan yang dianggap pengatur/Rabb dianggap sama taraf dengan perintah Allah, sekalipun menghalalkan pelbagai cara (tubarrirul wasilah) ,atau Machiavelli.


Istilah-istilah yang dibangunkan dalam memudahkan urusan perjuangan “mujahid” GPK:


RMU

Ultimate goal atau matlamat utama GPK di dalam indoktrinasi tilawah.


R adalah Rububiah yang ditafsirkan sebagai hukum Islam (ini dianalogikan sebakai “Batang”)

M adalah Mulkiah yang ditafsirkan sebagai kerajaan Islam (analogi=akar)

U adalah Ubudiah, umat Islam (analogi=buah)


Kesimpulannya, walaupun tanpa memiliki seinci millimeter wilayah secara de facto dan de jure, mereka mencanangkan sudah memiliki “Negara” yang masih “Kahfi”. RMU ini adalah representasi “pohon yang baik yang menjulang ke langit”


Jadi selain daripada mereka yang berkeyakinan RMU adalah taghut, sesat, muslim yang kafir dan bertaraf binatang.


MOU1

Musyahadatul Hijrah Awwal/Ula di mana perjanjian calon warga/bakal mujahid dengan organisasi. Ini dilakukan di Malaysia di dalam tempat rekrut/baiah secara tersembunyi di hadapan pimpinan GPK. Di sini calon warga yang masih junior akan diuji faham keagamaan versi GPK untuk mengetahui keberkesanan sesi tilawah asas mereka (T1-T4)


MOU2

Musyahadatul Hijrah Dua. Dilakukan di dalam “Gua” berhampiran “Daulah” mereka (kerana mereka menganggap di mereka Pemuda Kahfi/Warga Madinah yang melarikan diri dari kezaliman taghut, musyrikin Mekah). Orang di dalam Gua tahu apa berlaku di luar, tetapi orang luar tidak tahu apa berlaku di dalam. Di sini konsep sirriyyah atau Kahfi diguna pakai)


MD-Madinah.

Dalam kes ini mereka yang sudah MOU2 saja dianggap sebagai umat Islam, dan mereka yang baru MOU1 masih kafir(separuh binatang), selagi belum bersyahadah di “daulah” mereka.


MK-Mekah/Makki .

Warga bukan GPK. Dalam rangka mencari warga MK yang dianggap binatang ternak untuk “dimanusiakan” ini, SOP mereka seperti yang disebut sebelum ini perlu dipenuhi.


TL-Tilawah

Tilawah ialah sesi indoktrinasi dengan ayat-ayat al-Quran yang dijelaskan oleh pimpinan GPK untuk menjustifikasi faham keagamaan mereka. Konsep yang popular ialah Hudan+Bainat+Furqon yang hujung-hujungnya membawa kepada Negara Islam (RMU) versi mereka sebagai ultimate goal.


HT-Hujumat Tabsyiriah

Konsep Buru, Tangkap, Tata, Bina dalam mengejar dan membina calon warga MK untuk mengangkat sumpah setia menjadi warga Madinah (MD). Konsep taghut, kezaliman pimpinan selalu menjadi modal laku untuk mengajak calon rekrut berhijrah(disembelih fahaman agama yang ada) dan dijadikan sapi perah yang produktif dalam mengejar target dana yang ditentukan Daulah/Negara.


Infaq

Bayaran bulanan kepada organisasi GPK. Jumlah minimum ditentukan oleh GPK. Sebagai contoh, setelah MOU1, infaq per bulan ialah RM60, dan setelah menunaikan “ibadah” MOU2 di Madinah mereka, infaq meningkat kepada RM200 per bulan. Jumlah berbeza mengikut slot dan kemampuan gugusan sel mereka.


58:12

Surah 58 ayat 12- Istilah popular untuk sedekah (sedekah paksa) perjumpaan dengan Rasul. Dalam kes ini Rasul ialah representatif pimpinan Daulah yang membawa “misi Kerasulan”


60:1

Surah 60 ayat 1- Istilah yang dibangunkan untuk merahsiakan doktrin gerakan, tempat aktiviti dan susur galur organisasi


Kahfi

Kerahsiaan. Konsep kahfi digunapakai untuk merahsiakan struktur organisasi, satu buyut (sel besar) dengan buyut yang lain dan pelbagai lagi. Boleh menipu dalam menjaga kerahsiaan organisasi. Biasanya umat di dalam satu buyut tidak mengenali umat di dalam buyut yang lain.


Futuh

Konsep futuh yang difahami mereka pada mulanya ialah “menguasai” negara/wilayah lain yang dianggap dimiliki taghut (belum ber-alquran/berAQ). Namun tarikh yang dijanjikan tidak pernah dipenuhi. Bagi umat sekitar 1996, tarikh futuh dijanjikan sekitar 2000. Tapi sekarang sudah 2007. Konsep futuh ini dieksploitasi dan dijaja kepada calon warga bagi meramaikan ummat yang sudah tentu akan memaksimalkan dana. Antara konsep yang sering dijaja:


*

Negara belum futuh kerana umat belum ramai
*

Buat negara buat air liur mana boleh, perlukan dana untuk bina negara Islam
*

Negara ini dicari oleh Amerika, oleh itu kita perlu kahfi
*

Gerakan ini bersifat makar, oleh itu kita kena kahfi kerana tidak mahu dijebloskan ke dalam penjara

Namun pada praktiknya, sekalipun setiap warga dan pimpinan mempunyai nama kod samaran, nama Mekahnya tetap bukan rahsia. Dan individu yang terlibat juga tidak pernah dijebloskan ke dalam penjara kerana kes GPK (sedangkan gerakan ini sudah lama bertapak, masakan begitu susah untuk diletak ke dalam tahanan politik –tapol).


Malja’

Markas tempat tilawah/indoktrinasi. Kebiasaanya malja’ mengandungi white board dan suasana kelas seperti pusat latihan insurans, pusat tuisyen atau dilakukan di rumah ahli MD yang sudah berkeluarga bagi menutup syak wasangka warga sekitar. Tempat tilawah dilakukan di dalam keadaan tertutup, dan tingkap wajib dibalut dengan kertas sugar paper bagi melindungi keberadaan aktiviti tilawah.

Ini difahami sebagai sarang labah-labah yang melindungi “Gua” ala hijrah Muhammad ke Madinah/Yathrib di zaman Nabi.


Baynat/Penjelasan Ibadah versi GPK

Dari segi Ibadah, GPK mempunyai faham dan konsep ibadahnya yang tersendiri, dan tidak pernah dikenal oleh aliran Islam manapun, tetapi mempunyai kesamaan dengan sekte Qadiani/Ahmadiyyah.

Solat- Solat yang dikenali oleh umat Islam Malaysia yang berfahaman Ahlus Sunnah (ASWJ) ialah solat 5 waktu. Untuk GPK, solat yang dimaksudkan ialah sesi “silah” (mengajak/doktrin) calon warga baru dengan ayat-ayat Quran yang diperjelaskan dengan faham versi mereka. Solat versi mereka ini yang diyakini mampu mencegah kemungkaran. Namun pada peringkat faham seterusnya, akan dijelaskan bahawa pada zaman sekarang ialah kondisi Mekah (belum futuh), jadi tiada hukum terlaksana, dan ibadah yang Haq ialah membesarkan Mulkiah/Kerajaan dengan merekrut umat dan seterusnya mengaut dana semaksimal mungkin.


Puasa – Puasa yang difahamkan oleh ASWJ ialah menahan diri dari makan/minum mula dari Subuh hingga ke Maghrib. Bagi GPK, puasa ialah menahan diri untuk pembentukan RMU dengan mengayakan Negara. (maksudnya sudi menjadi sapi perah tiada akhir)


Zakat – Zakat ialah “penyucian” diri ke arah futuh Mekah mereka/pembentukan Daulah, Madinah ke 2. Penyucian diri tentunya dengan wang.


Haji – Haji ialah Ibadah yang dilakukan dengan program lawatan ke “Daulah” mereka. Tawaf dilakukan dengan menaiki bas melawat perkembangan pembangunan Daulah. MOU2 dilakukan sebelum ibadah Haji di Madinah mereka. Madinah mereka ini diyakini sebagai realisasi Ibadah Ibrahim membina Ka’bah, Nabi Nuh membina Kapal, Nabi Sulaiman membina istana yang megah. Setelah MOU2 dan Haji di Madinah-II barulah dikira sebagai umat Islam. Di sini bagi calon warga yang baru menjadi “umat Islam” mereka akan membayar 58:12


Proses Nikah

Warga MD mempunyai hak untuk menikah, di antara rijal (lelaki) dan nisa’(wanita). Samada mereka menghijrahkan pasangan mereka yang MK atau mereka mengahwini umat sefaham. Dari segi nikah, ia akan dijalankan di Daulah:


*

Calon mempelai kedua-duanya warga MD
*

Proses tahkim/mahkamah akan dijalankan untuk menghakimi kedua-dua warga.
*

Warga MD menyebut kesalahan yang dilakukan selama ini
*

Keputusan tahkim dikeluarkan
*

Warga MD menjalani hukuman (antaranya ialah berpuasa-tetapi puasa dalam konteks mana, tidak diketahui)

Setelah pernikahan versi MD dilakukan, nikah di luar tetap dijalankan bagi melindungi keberadaan mereka di kalangan warga MK yang dianggap kafir jahiliyyah dan binatang.


Tafsiran Mukjizat yang direalisasikan untuk membenarkan tindakan mereka

* Nabi Musa membelah laut dengan tongkat:

Sunnah Nabi Musa boleh diikut dengan ahli GPK membelah lautan yang ditafsirkan sebagai manusia dengan al-Quran(doktrin GPK) kepada dua bahagian, ahli MK (non GPK) dan warga MD

* Nabi Yusof yang kacak

Sunnah Nabi Yusof yang kacak dianalogikan sebagai pelaksaan program GPK ke a rah “futuh” dan mengaut dana semaksimal mungkin melalui program tilawah ke atas calon warga dan umat

* Nabi Sulaiman bercakap dengan binatang

Maksudnya ahli MD cuba mengajak individu di luar GPK yang berstatus binatang kepada beralquran(berAQ). Namun seterusnya calon warga akan mengalami proses sapi perahan tanpa akhir

* Nabi Ibrahim dibakar api

Ditafsirkan ahli MD/GPK dihujat dengan serangan dari pihak luar yang ditafsir sebagai “api”. Oleh itu apabila api itu yang sewajarnya panas ditukarkan sebagai sejuk. Hal ini sah-sah saja mengingatkan ahli MD adalah bakal ahli syurga, dijamin masuk syurga (mengikut fahaman mereka), sekalipun dalam praktik ibadah mereka menghalalkan menipu, memeras dan melecehkan akhlak serta syariat

* Nabi Isa menghidupkan orang mati dan meyembuhkan orang sakit

Menyihatkan kembali akidah warga MD untuk meneruskan program daulah

Sumber : Al-Kahfi.com